Cari @ Amanz

Antara masalah yang melanda dunia pada waktu ini ialah kekurangan kit ujian Covid-19. Maka tidak mengejutkan terdapat negara dengan jumlah penduduk yang besar tetapi mempunyai kes positif yang kecil. Bagi membantu mengesan wabak di kalangan orang ramai dengan lebih mudah, Covid Voice Detector telah dibangunkan oleh Carnegie Mellon University.

Aplikasi ini menggunakan kecerdasan pintar untuk mengesan sama ada seseorang individu itu mungkin positif wabak koronavirus. Pengguna perlu batuk tidak kali, membaca kesemua abjad dan menyebut huruf vokal sepanjang yang mungkin untuk mengira kapasiti paru-paru. Ujian selama lima minit ini kemudian dianalisa untuk melihat sama ada pengguna menunjukkan tanda-tanda sudah dijangkiti Covid-19 kerana wabak ini menyebabkan pesakit sukar bernafas.

Sungguhpun telah dibangunkan, Covid Voice Detector bukanlah pengganti sebenar kepada ujian makmal sedia ada. Ia sekadar digunakan sebagai penyaring awal yang boleh dilakukan di rumah dan dengan mudah boleh digunakan di seluruh dunia terutamanya di kawasan yang kekurangan kit ujian makmal.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd