Robot Menggantikan Pelajar Dalam Acara Graduasi Di Jepun

Robot Menggantikan Pelajar Dalam Acara Graduasi Di Jepun

Diterbitkan pada Apr 7, 2020 oleh .

Wabak Covid-19 menyebabkan kita harus mengubah gaya hidup supaya mengurangkan risiko terdedah kepada penyakit yang boleh membawa maut ini. Antara langkah drastik yang telah diambil ialah pembatasan sosial. Akibatnya pelbagai aktiviti sosial seperti majlis graduasi perlu diubah mengikut situasi semasa,

Di Business Breakthrough University yang terletak di Tokyo Jepun, robot telah digunakan sebagai ganti graduan. Robot Newme yang dibangunkan oleh ANA Group ini turut dipakaikan jubah graduasi. Skrin robot pula memaparkan wajah graduan yang menghadiri majlis secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom dengan pergerakan robot dikawal oleh pihak universiti. Robot Newme

Ini bukan satu-satunya teknik kreatif yang digunakan untuk menghadiri majlis graduasi. Sebelum ini pelajar sekolah menengah di Jepun menganjurkan majlis graduasi maya di dalam dunia Minecraft.



TIPS & ULASAN