Huawei Bakal Melancarkan Televisyen Pintar 65″ Dengan Pembesar Suara Dalam Skrin

Huawei Bakal Melancarkan Televisyen Pintar 65″ Dengan Pembesar Suara Dalam Skrin

Diterbitkan pada Apr 7, 2020 oleh .

Pasaran kini dilihat semakin matang dengan beberapa pengeluar terkemuka yang berlumba-lumba menghasilkan televisyen pintar terbaik untuk ditawarkan buat pengguna. Bahkan, permintaan terhadap televisyen pintar 4K juga dilihat semakin meningkat seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

Terkini, poster promosi untuk Huawei Smart TV X65 telah tertiris menunjukkan beberapa ciri menarik yang bakal disokong. Televisyen ini menggunakan skrin berukuran 65″ OLED dan kamera pop naik 24-Megapixel pada bahagian atas. Kamera ini membolehkan televisyen digunakan untuk panggilan video serta dipercayai mampu dikawal menggunakan gestur seperti pada P40 dan Mate 30 Pro.

Menarik sekali ia akan turut dilengkapi 14 pembesar suara dalam skrin yang memberikan pengalaman audio surround. Seperti skrin pintar yang dilancarkan mereka tahun lalu, X65 ini akan menggunakan sistem operasi Harmony OS.

Maklumat penuh mengenai peranti dan pelancarannya masih belum diketahui namun kita mungkin bakal mendengar lebih lanjut pada masa akan datang. Apa pendapat anda mengenai peranti ini, kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.



TIPS & ULASAN