Petronas Membangunkan Prototaip Mesin CPAP Berteknologi F1 Untuk Pesakit Covid-19

Petronas Membangunkan Prototaip Mesin CPAP Berteknologi F1 Untuk Pesakit Covid-19

Diterbitkan pada Apr 7, 2020 oleh .

Covid-19 menyebabkan pesakit mengalami kesukaran bernafas dan mereka memerlukan bantuan bagi meneruskan kehidupan. Dalam kes yang serius mesin alat bantuan pernafasan ventilator diperlukan tetapi pada kes kurang serius mesin Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) sahaja adalah memadai. Petronas telah mengumumkan mereka sedang membangunkan prototaip mesin CPAP untuk kegunaan pesakit Covid-19.

Mesin ini pada asalnya dibangunkan oleh pasukan F1 Mercedes AMG dengan bantuan University College London dan telahpun diluluskan untuk diuji di hospital oleh pihak National Health Service United Kingdom. Lebih mengagumkan rekaan pertama mesin CPAP ini dihasilkan dalam masa 100 jam sahaja dari perancangan awal.

Bagi mempercepatkan penghasilannya, komponen sedia ada digunakan. Sekiranya ujian klinikal sejak seminggu lalu menunjukkan keputusan positif, Mercedes mampu menghasilkan 100 mesin CPAP ini sehari.

Di Itali dan China, mesin CPAP didapati lebih dari mencukupi untuk membantu pesakit Covid-19 bernafas tanpa perlu menggunakan ventilator. CPAP dapat dihasilkan dengan lebih pantas serta lebih murah. Dengan ini mesin ventilator ini dapat diperuntukkan hanya kepada pesakit

Pembangunan mesin bantuan pernafasan oleh Mercedes AMF F1 ini adalah sebahagian dari Project Pitlane bagi menggembleng kepakaran kejuruteraan pasukan lumba F1 bagi menentang Covid-19. Kerap kali teknologi F1 hanya akan digunakan pada industri automotif sahaja (seperti pembangunan minyak pelincir) tetapi kini ia memberikan impak kepada dunia perubatan.



Paling Popular