Tandas Pintar Yang Mengesan Penyakit Dari Tinja Dengan Sistem Pengecaman Dubur Kini Realiti

Tandas Pintar Yang Mengesan Penyakit Dari Tinja Dengan Sistem Pengecaman Dubur Kini Realiti

Diterbitkan pada Apr 7, 2020 oleh .

Di dalam Istana Terlarang China, seorang tabib ditugaskan setiap hari untuk menganalisa tinja maharaja setiap hari. Amalan ini pastinya dipandang aneh sekarang tetapi terdapat banyak maklumat yang boleh diperoleh dari air kencing dan najis yang dikumuh dari badan. Oleh itu saintis di Universiti Stanford telah membangunkan tandas yang mampu menganalisa bahan kumuh badan sebagai ganti kepada tabib maharaja

Tandas pintar ini dilengkapi kamera yang menganalisa tabiat tandas pengguna. Sebagai contoh dari alihan air kencing sahaja sistem algoritma boleh mengesan kadar aliran dan isipadu adalah di dalam julat normal. Idea menghasilkan tandas pintar ini bukanlah baru tetapi telah dibangunkan sejak 15 tahun yang lalu. Di masa hadapan sekiranya data yang tidak normal dikesan pada sisa kumuh, aplikasi akan memberikan notifikasi kepada pengguna sebelum data dikongsi dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Sensor pada tandas pintar ini boleh digunakan pada tandas sedia ada tanpa perlu melajukan pemasangan yang kompleks. Menurut penyelidik ia sama seperti memasang sistem membasuh alat sulit sedia ada.

Satu perkara unik yang disokong tandas pintar ini ialah pengecaman dubur. Ramai mungkin tidak tahu tetapi dubur manusia adalah unik seperti cap jari. Maka tandas pintar yang sama boleh digunakan lebih dari satu individu dan data tidak akan bercampur aduk.

Pembangunan tandas pintar ini masih diteruskan supaya mampu mengesan tahap glukosa dalam sampel air kencing pesakit kencing manis dan mengesan tanda bio yang boleh memberikan awal pesakit berbahaya seperti kanser misalnya



TIPS & ULASAN