WhatsApp Kini Mengehadkan Berapa Kali Anda Boleh Majukan Mesej Tular Kepada Yang Lain

WhatsApp Kini Mengehadkan Berapa Kali Anda Boleh Majukan Mesej Tular Kepada Yang Lain

Diterbitkan pada Apr 7, 2020 oleh .

Dengan penularan pelbagai mesej-mesej yang tidak tepat atau palsu, kini WhatsApp mengambil lebih langkah dalam memperketatkan sistem mereka. Terbaru, WhatsApp mengumumkan mereka akan mengehadkan lagi kadar sesuatu mesej boleh dimajukan kepada yang lain.

Bermula hari ini, sekiranya sesuatu mesej telah ditularkan kepada lebih daripada lima atau lebih orang, ia seterusnya akan hanya boleh dimajukan kepada hanya seorang sahaja.

Walaupun, mesej berkenaan masih boleh dimajukan secara manual atau beberapa kaedah lain, namun langkah WhatsApp ini dapat mengurangkan kadar penularan mesej berkenaan.

Langkah ini juga agak baik berbanding sebelum ini yang pengguna boleh menghantar mesej dengan mudah kepada lebih 256 orang secara serentak dengan pantas.

Dengan penularan wabak Covid-19 kini, pelbagai mesej palsu telah mula tular melalui WhatsApp, dan langkah ini semestinya amat membantu dalam mengurangkan info palsu dan tidak tepat daripada disebarkan kepada ramai pengguna.



TIPS & ULASAN