Huawei MatePad Baharu Tertiris – Bakal Dilengkapi Skrin 10.4″ Dan Cip Kirin 810

Huawei MatePad Baharu Tertiris – Bakal Dilengkapi Skrin 10.4″ Dan Cip Kirin 810

Diterbitkan pada Apr 7, 2020 oleh .

Huawei MatePad Pro baru sahaja dilancarkan di Malaysia minggu lalu sebagai tablet Android yang berpesifikasi tinggi untuk kegunaan profesional. Tetapi kini mula kedengaran ura-ura sebuah MatePad kelas pertengahan sedang dibangunkan oleh Huawei,

Peranti ini dipercayai akan menggunakan skrin sebesar 10.4 inci (2000×1200 pixel), cip pemproses Kirin 810,  memori sehingga 6GB RAM dan storan sehingga 128GB. Ia juga dikhabarkan menawarkan beberapa pilihan sambungan seperti Wi-Fi sahaja dan versi LTE bersama kapasiti bateri 7250mAh.

Seterusnya, ia mungkin menempatkan kamera hadapan dengan sensor 8-Megapixel dan menyokong penggunaan stylus. Akhir sekali ia turut mungkin menjalankan antaramuka EMUI 10.1 berasaskan Android 10. Buat masa ini maklumat yang diterima masih lagi ura-ura memandangkan sebelum ini tablet kelas pertengahan Huawei menggunakan nama MediaPad.



TIPS & ULASAN