Poco Mengesahkan Bakal Hadir Dengan Fon Telinga Nirwayar Tersendiri

Poco Mengesahkan Bakal Hadir Dengan Fon Telinga Nirwayar Tersendiri

Diterbitkan pada Apr 7, 2020 oleh .

Pada hari ini, pelbagai pengeluar telah sedia hadir dengan fon telinga nirwayar masing-masing. Ini sekaligus membolehkan pengguna mendapatkan fon telinga nirwayar pada harga yang sangat kompetitif.

Poco TWS

Terbaru, kini pihak Poco mengesahkan mereka turut akan hadir dengan fon telinga nirwayar berjenama tersendiri. Namun, mereka tidak memberikan sebarang tarikh untuk pelancarannya buat masa ini.

Dengan arena peranti mudah-alih yang semakin kompetitif, ramai pengeluar mula bersaing dari segi harga – dan mula menawarkan beberapa aksesori sampingan untuk menjana wang tambahan. Antaranya adalah dengan menawarkan fon telinga, powerbank dan sebagainya. Dengan pihak Poco sendiri yang beroperasi secara bersendirian kini, kita mungkin akan dapat lihat lebih banyak penawaran aksesori dibawah jenama Poco dalam bulan-bulan akan datang.



Paling Popular