Netflix Memperkenalkan Pin Yang Mengunci Profil Dari Diakses Pengguna Lain

Netflix Memperkenalkan Pin Yang Mengunci Profil Dari Diakses Pengguna Lain

Diterbitkan pada Apr 8, 2020 oleh .

Masuk minggu ketiga pastinya ada di kalangan anda yang telah memaratonton puluhan siri TV is Netflix bagi memenuhi masa terluang. Tetapi kami yakin ada di kalangan pembaca tergolong di dalam kumpulan ibu bapa yang tidak mahu kandungan yang tidak serasi ditonton anak-anak diakses. Mulai hari ini Netflix telah mengemaskini sistem kawalan profil bagi mengelakkan ini dari berlaku.

Perubahan pertama dan paling penting ialah setiap profil pada akaun Netflix kini boleh dikunci dengan pin empat angka sebelum boleh diakses. Sebelum ini profil pengguna boleh diakses dengan mudah tetapi ibu bapa boleh mengunci kandungan yang dianggap tidak sesuai dengan pin.

Bercakap mengenai kandungan yang dikunci, ibu bapa boleh memasukkan kandungan yang tidak ingin ditonton kedalam senarai saringan. Apabila carian kandungan ini dilakukan, ia tidak akan lagi muncul seperti sebelum ini.

Seterusnya sejarah kandungan yang ditonton pada setiap profil kini dapat dilihat oleh pemegang akaun utama. Pemantauan rancangan yang ditonton pada profil milik anak misalnya boleh dilakukan kerana sebelum ini Netflix mencampurkan sejarah tontonan kesemua profil dalam satu senarai yang panjang.

Akhir sekali ibu bapa boleh mematikan fungsi automain pada setiap profil. Ini boleh digunakan bagi mengawal waktu tontonan anak-anak pada profil mereka. Kesemua tetapan baharu ini boleh diakses menerusi aplikasi dan laman web Netflix.



TIPS & ULASAN