Air Selangor Kini Boleh Menghantar Bil Kepada Anda Melalui WhatsApp

Air Selangor Kini Boleh Menghantar Bil Kepada Anda Melalui WhatsApp

Diterbitkan pada Apr 8, 2020 oleh .

Air Selangor merupakan syarikat yang bertanggungjawab dalam pengurusan utiliti air di Selangor. Air Selangor sebelum ini telah menawarkan bil secara digital dan atas-talian sejak daripada 2018 yang lepas, dan kini mereka turut menambah penawaran bil melalui WhatsApp.

Air Selangor WhatsApp

Bermula April 2020 ini, pengguna di Selangor boleh mendaftarkan untuk menerima bil air melalui WhatsApp, sekaligus memudahkan lagi pengguna menerima bil – dan tidak perlu menyemaknya secara manual atas-talian atau melalui emel.

Langkah ini juga selari dengan perubahan penggunaan pada masa kini yang lebih memfokuskan kepada kaedah permesejan pantas berbanding menghantar emel.

Air Selangor WhatsApp

Bagi pengguna di Selangor yang ingin menerima bil melalui WhatsApp, boleh melakukan pendaftaran di laman rasmi Air Selangor hari ini – dan menetapkan untuk menerima bil melalui WhatsApp.

Daftar : Bil Air Selangor melalui WhatsApp



TIPS & ULASAN