Cari @ Amanz

Oppo Reno Ace2 ialah sebuah lagi peranti mercu yang akan dilancarkan oleh Oppo dengan cip Snapdragon 865. Kewujudan peranti ini tertiris beberapa minggu yang lalu dan menunjukkan ia bakal menggunakan rekaan seakan OnePlus 7T. Pelancarannya kini disahkan akan berlaku pada 13 April hadapan.

Tidak seperti Find X2 Pro, Reno Ace2 akan akhirnya menyokong pengecasan secara nirwayar dengan pengecasnya telah tertiris ke arena web hari ini. Ia menggunakan teknologi nirwayar yang sama seperti OnePlus 8. Dengan harga jualan Find X2 Pro yang mencecah RM4000 di Malaysia, kami menjangkakan Oppo Reno Ace2 akan dijual pada harga lebih tinggi sekiranya memasuki pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd