CyberSecurity Malaysia Berkongsi Garis Panduan Keselamatan Menggunakan Aplikasi Telesidang

CyberSecurity Malaysia Berkongsi Garis Panduan Keselamatan Menggunakan Aplikasi Telesidang

Diterbitkan pada Apr 8, 2020 oleh .

Penggunaan aplikasi telesidang atas talian meningkat mendadak sejak wabak Covid-19 mula diisytiharkan sebagai pandemik. Antara yang terkesan ialah institusi pengajian, perniagaan dan urusan harian jabatan kerajaan itu sendiri. Tetapi ramai mungkin kurang cakna tentang tahap keselamatan menggunakan aplikasi telesidang. Oleh itu pihak CyberSecurity Malaysia telah berkongsi garis panduan keselamatan yang boleh digunakan semasa menggunakan aplikasi telesidang popular.

Antara saranan yang diberikan ialah tidak berkongsi maklumat peribadi sensitif seperti nombor kad kredit yang mungkin boleh digunakan peggodam. Mereka turut mengingatkan pengguna supaya tidak berkongsi maklumat sulit. Perbualan telesidang anda mungkin boleh diintip dan dirakam. Dengan mematuhi garis panduan CyberSecurity Malaysia ini akan boleh mengurangkan risiko maklumat peribadi disalahguna oleh penggodam.



TIPS & ULASAN