Nokia 3.2 Menerima Kemaskini Android 10

Nokia 3.2 Menerima Kemaskini Android 10

Diterbitkan pada Apr 8, 2020 oleh .

Nokia 3.2 dilancarkan di Malaysia pada Mei tahun lepas dengan tanda harga RM499. Ia hadir dengan skrin 6.26-inci HD+, dijana cip Snapdragon 429, memori 3GB RAM, dan storan 32GB. Ia turut dilengkapi bateri berkapasiti 4000mAh – dikatakan mampu menawarkan masa penggunaan selama 2 hari lamanya. Seperti yang semua sedia maklum, majoriti peranti Nokia yang dihasilkan oleh HMD Global ini menjalankan Android One. Jadi, kemaskini adalah selari dengan Android asli – dua tahun kemaskini sistem dan tiga tahun kemaskini sekuriti.

Baru-baru ini wakil HMD Global Juho Sarvikas, telah mengumumkan kehadiran kemaskini Android 10 untuk peranti Nokia 3.2. Kemaskini ini diedarkan secara berperingkat mengikut negara demi negara. Malaysia adalah salah satu negara terawal untuk menerima kemaskini ini, kerana negara kita termasuk dalam 10% pasaran yang diluluskan untuk menerima kemaskini ini. 50% lagi akan teri,a pada 10 April dan baki akan menerima kemaskini pada 12 April. Sayang sekali, tiada sebarang senarai log perubahan diberikan untuk ketahui apa yang baru dalam kemaskini ini. Semak peranti anda untuk OTA Android 10 bermula hari ini.



TIPS & ULASAN