Samsung Menghentikan Sokongan Kemaskini Sekuriti Untuk Galaxy S7 & Galaxy S7 Edge

Samsung Menghentikan Sokongan Kemaskini Sekuriti Untuk Galaxy S7 & Galaxy S7 Edge

Diterbitkan pada Apr 8, 2020 oleh .

Bulan April tahun lepas, Samsung menyatakan yang mereka masih memberi sokongan sekuriti kepada Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge. Namun, kemaskini ini adalah tiga bulan sekali bukan seperti peranti-peranti baru sebulan sekali. Ini adalah perkara yang lazim bagi Samsung, memberikan kemaskini kepada peranti mercu yang sudah berusia lebih dua tahun.

Tahun ini, Galaxy S7 sudah berusia empat tahun dan akhirnya Samsung telah menghentikan sokongan sekuriti untuk kedua-dua peranti ini. Perkara ini dirujuk daripada senarai rasmi Samsung, yang mana Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge tidak lagi disenaraikan. Aneh sekali, Galaxy S7 Active masih berada dalam senarai. Adakah anda masih menggunakan Galaxy S7? Sudah tiba waktu untuk anda berhijrah ke peranti lain, ayuhlah tukar ke peranti baharu yang kemaskininya masih dijaga.



TIPS & ULASAN