Sebuah lagi kemas kini sistem operasi diberikan oleh Apple hari ini. iOS 13.4.1 yang boleh dimuat turun sekarang hadir dua minggu selepas 13.4 diberikan. Menerusi iOS 13.4.1 pelbagai penambahbaikan diberikan menerusi kemas kini sebesar 983 MB ini,
Pertama sekali sebanyak 70 emoji baharu diperkenalkan, aksesori untuk Memoji dan Screen Time menjejak penggunaan sehingga 30 hari berbanding hanya 7 hari. Pelbagai tampalan sekuriti dan penambahan ciri pada aplikasi terpasang turut diperkenalkan sehingga terlalu banyak untuk disenaraikan di sini. Seperti biasa kemas kini iOS boleh dilakukan secara OTA serenta kepada pengguna peranti yang disokong seluruh dunia