Cari @ Amanz

Syarikat-Syarikat Teknologi Terkemuka Membangunkan Open COVID Pledge Untuk Memerangi Wabak COVID-19

Oleh Nazrin

Link Copied!

Sekumpulan syarikat-syarikat teknologi terkemuka dunia, termasuklah Intel, Mozilla, Creative Commons dan sebagainya, termasuklah beberapa badan guaman telah bekerjasama untuk membangunkan Open COVID Pledge untuk menentang wabak COVID-19.

Syarikat-syarikat teknologi ini telah mengumumkan bahawa mereka akan membuka harta-harta intelek mereka untuk penggunaan umum untuk membangunkan teknologi yang boleh membantu di waktu yang genting ini.

Menurut Open COVID Pledge, lesen-lesen harta intelek ini boleh digunakan secara terbuka bermula 1 Disember 2019 secara retroaktif sehingga setahun selepas pihak World Health Organization (WHO) mengumumkan wabak COVID-19 ini berakhir.

Syarikat-syarikat yang menggunakan harta-harta intelek ini juga diminta menandatangani lesen Open COVID untuk memastikan bahawa mereka tidak disaman secara salah oleh pemilik-pemilik harta intelektual tersebut.


Komen ()