Dengan perkembangan rangkaian 5G di seluruh dunia menjelang 2021, pelbagai inovasi dalam teknologi telekomunikasi mula diperkenalkan. Oppo semalam mendakwa telah berjaya melakukan panggilan Voice Over NewRadio (VoNR) pertama di dunia. VoNR ialah teknologi yang menggantikan Voice Over LTE (VoLTE) yang digunapakai sekarang,
Untuk menjayakan panggilan ini, sebuah peranti dengan cip MediaTek Dimenstity 1000 digunakan dan disambungkan kepada kelengkapan telekomunikasi oleh Ericsson. Panggilan suara dapat dilakukan sekelip mata dengan jelas tanpa masa pendam dan pertukaran ke panggilan video juga boleh dilakukan sepantas kilat menurut Oppo.