Xiaomi Mempatenkan Speaker Pintar Seakan Apple HomePod

Xiaomi Mempatenkan Speaker Pintar Seakan Apple HomePod

Diterbitkan pada Apr 8, 2020 oleh .

Xiaomi bukan sahaja syarikat yang mengeluarkan peranti pintar, malah mereka juga tidak pernah ketinggalan di dalam arena aksesori untuk rumah pintar. Terkini, satu lagi paten pembesar suara pintar daripada Xiaomi dikatakan telah muncul di laman Pentadbiran Harta Intelek Negara China (CNIPA) dan ia kelihatan sangat mirip dengan Apple HomePod.

Seperti yang dapat kita lihat, paten ini memperlihatkan bahagian atas pembesar suara pintar tersebut mungkin mempunyai permukaan berbentuk bulat yang menyerupai sebuah cakera dengan dua fungsi. Pertama, panel paparan OLED mini yang menunjukkan status sambungan, kelantangan audio dan maklumat lain. Kedua, kawalan berasaskan sentuhan yang membolehkan pengguna mengawal pemilihan media, kelantangan audio dan sebagainya.

Paten ini juga menunjukkan peranti ini berkemungkinan besar didatangkan dengan kawalan sentuhan lebih baik dan kawalan fizikal yang kecil pada bahagian hadapan. Selain itu, ia dijangka berupaya menghasilkan 360 darjah output audio bagi membolehkan pengguna menikmati bunyi yang berkualiti tinggi dari semua sudut.

Rekaan speaker pintar ini berbeza dengan dua yang dilancarkan sebelum ini ialah XiaoAi HD Speaker dan Xiaomi Ai Speaker Mini.



TIPS & ULASAN