Cari @ Amanz

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengumumkan bahawa mereka telah membangunkan sebuah sistem robot untuk membantu doktor dan jururawat-jururawat di hospital bersama-sama dengan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) dan DF Automation Sendirian Berhad.

Sistem robot ini, yang dinamakan Mak Cik Kiah 19 ataupun MCK19 ialah sebuah sistem robot penghantaran barang yang boleh dikawal secara jarak jauh, dimana ia boleh membantu doktor dan jururawat untuk menghantar barang ke wad-wad pesakit secara jarak jauh ataupun kendiri (autonomous).

Robot MCK19 ini, yang menggunakan rekaan robot asas Zalpha oleh DF Automation boleh menampung berat sehingga 300KG dan diubahsuai untuk memudahkan tugas doktor dan jururawat menghantar ubat dan makanan kepada para pesakit yang dijangkiti wabak COVID-19.

Dalam pada itu, penggunaan robot ini juga mampu menjimatkan penggunaan sut PPE oleh para doktor dan jururawat kerana ia boleh bergerak secara kendiri ataupun dengan pengawalan jarak jauh.

Robot MCK19 ini dibangunkan dalam masa dua minggu, dan menggunakan kepakaran DF Automation dan pihak UTM, dan kini sedang diuji di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, dan jika ia berjaya, ia juga akan digunakan di hospital-hospital lain yang sedang menangani wabak ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd