(Dikemaskini) Hangouts Meet Kini Adalah Google Meet Dengan Beberapa Ciri Baru

(Dikemaskini) Hangouts Meet Kini Adalah Google Meet Dengan Beberapa Ciri Baru

Diterbitkan pada Apr 9, 2020 oleh .

Google kini dengan rasminya mengumumkan Google Meet. Ia adalah nama baru bagi Hangouts Meet. Perubahan nama ini akan berlaku secara berperingkat, bermula dengan versi web. Hangouts Chat walau bagaimanapun masih kekal dengan penggunaan nama Hangouts.

Berikut adalah ciri baru yang diperkenalkan;

  • Hanya penganjur mesyuarat dan pemilik kalendar boleh menyenyapkan atau menendang peserta, agar peserta tidak mengambil-alih kuasa seperti menendang atau menyenyapkan penganjur.
  • Hanya penganjur mesyuarat dan pemilik kalendar boleh menerima penyertaan baru melalui pautan luaran. Perkara ini adalah untuk mengelakkan pelajar memasukkan peserta lain (misal kata).
  • Peserta tidak boleh kembali sertai mesyuarat apabila individu terakhir telah keluar. Menjadikan penganjur adalah orang terakhir dan peserta hanya boleh masuk jika penganjur masih aktif.

Tiga tahun lalu, Google telah mengemaskini perkhidmatan Hangouts mereka kepada dua – Hangouts Chat dan Hangouts Meet. Google memfokuskan kepada pengguna perusahaan bagi bersaing dengan Microsoft Teams dan Slack. Akan tetapi sehingga hari ini, masih ada lagi yang menggunakan perkhidmatan Hangouts lama. Google pernah mengarahkan pengguna untuk beralih ke perkhidmatan yang lebih baru sebelum dinaiktaraf secara automatik. Namun hal yang demikian masih telah ditunda.

Terkini, Google mungkin akan menjenamakan semula Hangouts Meet kepada Google Meet. Perkara berkemungkinan besar kerana peralihan antara Hangouts lama ke Hangouts Meet sudah hampir tiba. Di lama sokongan pengguna, Google kini menggunakan Google Meet dan bukan lagi Hangouts Meet. Walau bagaimanapun, nama Hangouts itu tidak dimatikan – kerana perkhidmatan permesejan mereka masih kekal menggunakan Hangouts Chat.

Antara sebab pertukaran nama ini adalah, nama Hangouts itu sudah usang dan lama digunakan. Jadi untuk bersaing dengan Slack, Zoom atau Microsoft Teams – Google perlukan nama yang lebih segar dan baru agar selari dengan tujuan asal iaitu fokus kepada pengguna perusahaan.



TIPS & ULASAN