Cari @ Amanz

Samsung, Sharp dan LG adalah jenama besar dalam pengeluaran pelbagai jenis televisyen. Tetapi tahukah anda yang terdapat televisyen LCD Samsung yang panelnya dibekalkan oleh Sharp? Hanya tiga tahun lalu, Sharp telah berhenti membekalkan panel LCD kepada Samsung dan Samsung telah berpindah kepada LG sebagai rakan bekalan panel ini.

Minggu lepas, Samsung dilaporkan akan berhenti menghasilkan panel LCD menjelang hujung tahun 2020. Ini adalah untuk Samsung fokus kepada penghasilan panel quatom dot display. Terkini, Sharp dilaporkan akan kembali membekalkan panel LCD kepada Samsung selapas tiga tahun berhenti melakukannya.

Walau bagaimanapun, kerjasama ini dikatakan adalah untuk tempoh yang singkat. Ini mungkin bagi memenuhi tempahan panel LCD yang tidak dapat ditampung lagi oleh Samsung. Selepas ini Samsung hanya akan menghantar panel yang sudah dipesan sahaja dan berhenti menghasilkan. Jadi, Sharp akan menjadi pembekal sementara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd