Illegear Memperkenalkan Siri Ultrabook Baru Dengan IONIC 14 Dan 15

Illegear Memperkenalkan Siri Ultrabook Baru Dengan IONIC 14 Dan 15

Diterbitkan pada Apr 9, 2020 oleh .

Beberapa hari lalu, Illegear telah mengemaskini barisan komputer riba gaming mereka dengan pilihan CPU dan kad grafik dari Intel dan NVIDIA yang terbaru.

Kini, mereka nampaknya akan memperkenalkan sebuah siri komputer riba Ultrabook baru yang dinamakan Illegear IONIC untuk tujuan produktiviti di rumah ataupun pejabat.

Bermula dengan saiz paparan, Illegear IONIC ini hadir dengan pilihan paparan IPS berbingkai nipis bersaiz 14 dan 15 inci dimana kedua-duanya mempunyai resolusi Full HD. Apa yang menarik lagi, kedua-dua paparan ini mempunyai sokongan untuk gamut warna sRGB 100 peratus yang cukup sesuai sekali walaupun untuk mereka yang bekerja didalam industri rekaan.

Beralih kepada spesifikasi dalaman, Illegear IONIC dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-10510U, pilihan memori DDR4 sehingga 32GB dan dua slot untuk storan SSD NVMe PCIe yang boleh memuatkan sehingga 4TB storan.

Illegear IONIC ini juga hadir dengan GPU NVIDIA GeForce MX250 yang cukup berkuasa untuk memainkan dan mengolah kandungan video beresolusi tinggi tanpa masalah, dan menggerakkan permainan-permainan komputer yang tidak memerlukan kuasa grafik yang tinggi.

Siri Ultrabook ini diperbuat daripada logam magnesium yang memastikan ianya ringan dan mudah dibawa kemana-mana. Illegear IONIC 14 hadir dengan berat 1.05KG, manakala IONIC 15 adalah seberat 1.45KG sahaja.

Satu lagi perbezaan utama diantara kedua-dua model in ialah IONIC 14 hadir dengan bateri 47Wh, manakala IONIC 15 pula dilengkapi dengan bateri sebesar 92Wh, iaitu bateri yang sama yang digunakan didalam komputer riba Illegear Selenite Pro mereka.

Pengguna boleh ke laman web Illegear untuk menetapkan konfigurasi komputer riba mereka sekarang. Illegear IONIC boleh dibeli dari harga bermula RM3899, manakala Illegear IONIC pula bermula dari harga RM4099.



Paling Popular