Cari @ Amanz

Di Malaysia sekiranya anda menunjukkan simptom Covid-19, Kementerian Kesihatan menyarankan anda memakai topeng muka bagi mengelakkan berlakunya jangkitan. Sementara itu di hospital pemakaiannya di kalang petugas barisan hadapan adalah perlu. Tetapi ia menimbulkan masalah pula kepada OKU pendengaran.

Mereka diajar untuk membaca gerak bibir bagi memahami yang cukupĀ  diucapkan. Apabila mulut ditutup, memahami “perbualan” asal menjadi sukar dan mungkin membahayakan nyawa mereka sekiranya ia berlaku di hospital dan mereka perlu mendapatkan rawatan. Oleh itu topeng muka yang mesra OKU pendengaran telah dihasilkan Ashley Lawrence, seorang pelajar di Amerika Syarikat.

Beliau mengubahsuai topeng wajah tiga lapis biasa dengan tingkap kecil yang diperbuat daripada plastik. Pada waktu ini beliau menggunakan dana peribadi untuk menghasilkannya bagi kegunaan di hospital. Namun begitu beliau telah mula mengumpul dana menerusi laman biayasama GoFundMe bagi membolehkan lebih banyak topeng dihasilkan dan diedarkan secara percuma.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd