Imej Rasmi Oppo Reno Ace2 Tertiris – Pelanduk Dua Serupa OnePlus 7T

Imej Rasmi Oppo Reno Ace2 Tertiris – Pelanduk Dua Serupa OnePlus 7T

Diterbitkan pada Apr 9, 2020 oleh .

Sedia maklum, Oppo telah mengesahkan tarikh pelancaran peranti mercu terbaru mereka, Oppo Reno Ace 2 yang dijadualkan pada 13 April ini. Ketirisan mengenai spesifikasi utama peranti juga telah banyak didengar seperti menggunakan cip Snapdragon 865 yang disertakan dengan modem 5G, pengecasan pantas 65W dan banyak lagi.

Terkini, Oppo Reno Ace 2 telah mula disenaraikan di kedai atas talian di China, JD.Com sekaligus mendedahkan rekaan hadapan dan belakang peranti. Penyenaraian seakan mengesahkan rekaan peranti yang tertiris sebelum ini. Ia mempunyai empat kamera utama yang dibina di dalam bonjol berbentuk bulat seperti yang ditemui pada OnePlus 7T.

Untuk paparan hadapan pula, ia membawakan rekaan skrin berlubang dengan lensa kamera swafoto tunggal yang ditempatkan pada sudut kiri atas. Butang kuasa terletak pada sisi kanan, manakala butang laras suara pula terletak di sisi kiri peranti. Ia juga bakal didatangkan dengan dua pilihan warna yang menarik. Pun begitu, harga peranti masih belum dikongsi dan sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi kelak.



TIPS & ULASAN