Cari @ Amanz

Realme nampaknya terus aktif dalam mewarnai industri peranti pintar. Terkini, terdapat desas – desus mendakwa bahawa mereka bakal mengembangkan lagi penawaran di bawah siri Realme X menerusi kemunculan Realme X3 SuperZoom.

Maklumat ini diperoleh hasil daripada ketirisan peranti ini di laman pensijilan NBTC Thailand. Penyenaraian mendedahkan peranti ini muncul dengan kod nama RMX2086. Namun begitu, spesifikasi utama peranti tidak pula didedahkan. Ramai berspekulasi tumpuan utama untuk model kali ini adalah pada kebolehan zum yang lebih tinggi (merujuk kepada nama model).

Tidak lama selepas itu, muncul pula peranti ini di penanda aras Geekbench dengan sejumlah spesifikasi utama yang tertiris. Senarai tersebut mendedahkan ia bakal dijana oleh cip pemproses Snapdragon 855 dengan paduan memori 12GB RAM. Selain itu, peranti ini juga dikatakan menjalankan sistem operasi Android 10 secara terus daripada kotak. Peranti ini juga dilihat berjaya menjaringkan sebanyak 788 mata untuk ujian satu teras dan 2,624 mata untuk ujian pelbagai teras.

Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi di peringkat ura-ura. Mungkin kita bakal mendengar lebih lanjut di masa akan datang. Pada pandangan anda, adakah satu keperluan untuk sesebuah peranti itu disertakan dengan keupayaan zum yang tinggi?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd