Dengan penularan wabak Covid-19, pelbagai pengeluar peranti telah menjadualkan semula latar pembangunan mereka. Antaranya adalah disebabkan oleh pekerja yang terpaksa bekerja dari rumah, selain bahagian pengeluaran yang menghadapi masalah kerana Perintah Kawalan Pergerakan.
Ini sekaligus membuatkan pelbagai pengeluar menangguhkan dan menjadualkan semula pengeluaran. Namun, hal ini dilihat mungkin tidak menganggu pihak Samsung.
Melalui laporan Korea Herald, ia dikatakan Samsung akan melancarkan Galaxy Note 20 dan Galaxy Fold 2 seperti perancangan asal pada bulan Ogos kelak.
Walaupun pelancaran peranti masih dijadualkan seperti biasa, namun Samsung dikatakan masih belum memilih sama ada melancarkannya secara fizikal, atau secara atas-talian.
Mengikut desas-desus awal, Galaxy Note 20 dijangka hadir dengan pembaharuan pada S-Pen, skrin bersaiz 7-inci, dan dilengkapi kamera disebalik skrin.