Siri Honor Play 4T Dilancarkan – Peranti 4G Terakhir Honor

Siri Honor Play 4T Dilancarkan – Peranti 4G Terakhir Honor

Diterbitkan pada Apr 10, 2020 oleh .

Honor Play adalah siri telefon pintar kelas pertengahan asas dari Honor. Ia kebiasannya dijual pada harga lebih murah dari variasi peranti Honor yang lain. Terkini, Honor telah melancarkan dua peranti Honor Play baharu – iaitu 4T dan 4T Pro. Menurut laporan MyNewsDriver kedua-dua peranti ini adalah peranti 4G terakhir dari Honor.

Honor Play 4T menggunakan skrin berlubang LCD  6.39-inci HD+ dan mempunyai nisbah skrin-ke-badan 90%. Ia dijana dengan cip HiSilicon Kirin 710A dan dipadankan dengan memori 6GB RAM dan 128GB storan dalaman. Untuk kamera, ia menggunakan tetapan dwi-kamera 48+2 Megapixel dan kamera swafoto 8MP. Kapasiti bateri pula adalah 4000mAh dan untuk sekuriti, ia menggunakan pengimbas cap jari tradisional. Peranti ini menjalankan Magic UI 3.1 berasaskan Android 10.

Honor Play 4T Pro pula menggunakan skrin berlubang OLED 6.3-inci FHD+. Ia dijana dengan cip HiSilicon Kirin 810 dan dipadankan dengan memori 6/8 GB RAM dan storan dalaman 128GB. Kamera adalah 48+8+2 Megapixel dengan lensa swafoto 16MP. Bateri pula adalah 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 22.5W dan menggunakan pengimbas cap jari bawah skrin. Aneh sekali, variasi pro ini menjalankan Magic UI 2.0 berasaskan Android Pie.

Honor Play 4T dijual pada harga RMB 1,199 (~RM738) dengan pilihan warna biru atau hitam. Manakala Honor Play 4T Pro pula dijual pada harga RMB 1,499 (~RM922) untuk 6/128 GB dan RMB 1,699 (~RM1045) untuk 8/128 GB dengan pilihan warna hitam, hijau atau biru.



TIPS & ULASAN