Cari @ Amanz

Ethernet Technology Consortium Memperlihatkan Spesifikasi Untuk Sambungan 800GbE

Oleh Nazrin

Link Copied!

Kumpulan yang mengendalikan semua tatacara dan teknologi berkaitan sambungan Ethernet, iaitu 25 Gigabit Ethernet Consortium baru-baru ini telah menamakan diri mereka semula sebagai Ethernet Technology Consortium.

Sebelum ini, Ethernet Technology Consortium, yang terdiri daripada 45 syarikat teknologi di seluruh dunia telah membangunkan teknologi penghantaran data 25GbE, 50GbE dan 100GbE sehinggalah 400GbE.

Dengan penjenamaan baru ini, Ethernet Technology Consortium turut mengumumkan bahawa teknologi Ethernet terbaru, iaitu 800GbE juga sudah sedia untuk digunakan, khususnya untuk pusat-pusat data yang inginkan kapasiti penghantaran data yang jauh lebih pantas.

Secara ringkasnya, teknologi dibelakang sambungan 400GbE ditambahbaik dimana lapan jalur yang mampu menghantar data sebanyak 106Gb/s digunakan untuk mendapatkan kelajuan yang tinggi tersebut.

Seperti yang dinyatakan, buat masa ini, diantara badan-badan yang boleh memanfaatkan teknologi ini adalah seperti pusat pertukaran Internet dan pusat-pusat data yang memerlukan pengaliran data yang tinggi.


Komen ()