Facebook Ingin Kembali Kepada Fitrah Menerusi Ujian Ciri Campus

Facebook Ingin Kembali Kepada Fitrah Menerusi Ujian Ciri Campus

Diterbitkan pada Apr 10, 2020 oleh .

Facebook bermula di Harvard University sebagai cara untuk siswa serta siswazah mengenali antara satu sama lain di kampus. Pada awalnya juga hanya pelajar kolej dibenarkan menyertai laman media sosial yang dibangunkan oleh Mark Zuckerberg dari bilik asrama beliau. Facebook dahulu amat berbeza dari sekarang tetapi mereka kini mungkin bersedia untuk kembali kepada fitrah.

Ciri yang diberi nama Campus ditemui oleh Jane Manchun Wong yang terkenal dengan kemampuan menemui ciri baru yang belum diumumkan. Untuk menyertai Campus, pengguna perlu memiliki alamat emel universiti rasmi dengan akhiran Edu.

Pengguna kemudian akan diminta mengisi butiran tarikh graduasi, pelajaran pokok, pelajaran tambahan dan asrama yang diduduki. Selepas itu pengguna akan menerima notifikasi mengenai aktiviti di kampus dan dimasukkan ke dalam kumpulan khas.

Pada waktu ini ujian terhad hanya dilakukan di Amerika Syarikat. Pihak Facebook apabila dihubungi tidak memberikan sebarang komen mengenai ciri yang sedang diuji.



TIPS & ULASAN