Cari @ Amanz

Sudah hampir sebulan warga redaksi Amanz tidak bertemu secara fizikal dan pertemuan atas talian hanya dilakukan seminggu sekali. Ini memberikan beberapa cabaran kerana bekerja di rumah mungkin lebih santai tetapi amat membosankan kerana tiada rakan sekerja untuk berbual. Bagi mereka yang merindui suasana di pejabat, laman imisstheofice mungkin boleh membantu,

Laman ini menawarkan bunyi latar belakang suasana di pejabat seperti rakan berbual, rakan makan, deringan telefon, deruman komputer, kerusi bergerak dan rakan menaip. Anda boleh memilih jumlah rakan maya yang diperlukan dan peralatan pejabat yang diinginkan berbunyi untuk menghasilkan suasana seakan pejabat sebenar anda sebelum PKP.

Laman ini dibangunkan oleh firma The Kids yang berpangkalan di Jerman dan harus kami akui sedikit sebanyak mengubat kerinduan suasana di kantor,

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd