Facebook Memperkenalkan Quiet Mode Untuk Membisukan Notifikasi Pada Peranti

Facebook Memperkenalkan Quiet Mode Untuk Membisukan Notifikasi Pada Peranti

Diterbitkan pada Apr 10, 2020 oleh .

Antara sebab mengapa kerja tergantung dan artikel lambat ditulis ialah kerana gangguan luaran. Telefon kerap berbunyi dan notifikasi dari peranti memerlukan perhatian kerana anda tidak tahu sama ada ia penting ataupun tidak. Anda sumber gangguan utama ialah notifikasi dari aplikasi Facebook. Semenjak tempoh PKP bermula, jumlah notiifkasi dan FB berlipat ganda kerana terdapat golongan yang gemar memanjangkan mesej tular tanpa usul periksa.

Bagi mereka yang masih memasang aplikasi Facebook pada peranti, gangguan ini kelak dapat ditapis menerusi ciri Quiet Mode yang diumumkan lewat semalam. Quiet Mode membolehkan anda meletakkan masa untuk notifikasi dibisukan. Sekiranya aplikasi masih dibuka ketika Quiet Mode, ia akan mengingatkan anda sendiri meletakkan had penggunaan aplikasi.

Quiet Mode akan diperkenalkan dahulu pada aplikasi iOS sebelum diberikan kepada pengguna Android pada bulan Mei. Ia diakses menerusi tetapan Your Time On Facebook.



TIPS & ULASAN