Samsung Galaxy A41 Diumumkan Untuk Pasaran Global Dengan Tri-Kamera Utama

Samsung Galaxy A41 Diumumkan Untuk Pasaran Global Dengan Tri-Kamera Utama

Diterbitkan pada Apr 10, 2020 oleh .

Samsung baru sahaja memperkenalkan dua peranti kelas pertengahan dengan sokongan rangkaian 5G menerusi kemunculan Samsung Galaxy A71 5G dan Galaxy A51 5G. Mereka dilihat memperluaskan lagi peranti pintar di bawah siri Galaxy A dengan penambahan model Samsung Galaxy A41.

Untuk spesifikasi, Samsung Galaxy A41 didatangkan dengan skrin berukuran 6.1″ SAMOLED FHD+, cip MediaTek Helio P65, memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB. Peranti ini menggunakan tiga kamera utama dengan gabungan lensa 48MP (utama) + 8MP (sudut lebar) + 5MP (kedalaman). Kamera swafoto pula adalah sebesar 25MP yang diletakkan di dalam takuk Infinity U.

Melengkapi peranti adalah bateri berkapasiti 3,500 mAh dengan pengecasan pantas 15W menerusi port USB-C. Peranti ini turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari terbina dalam skrin. Storan yang agak kecil boleh ditambah menggunakan kad mikro SD sehingga 512GB. Sistem operasi yang digunakan pula adalah Android 10 dengan pelancar One UI 2.0.

Samsung Galaxy A41 ditawarkan di Eropah pada harga £299 (~RM 1605) sebuah dalam empat warna menarik iaitu Prism Crush Black, Prism Crush White, Prism Crush Blue dan Prism Crush Red. Sebelum ini Samsung Galaxy A41 dilancarkan hanya untuk pasaran Jepun.



TIPS & ULASAN