Apple TV+ Ditawarkan Percuma Kepada Semua Untuk Tempoh Terhad

Apple TV+ Ditawarkan Percuma Kepada Semua Untuk Tempoh Terhad

Diterbitkan pada Apr 10, 2020 oleh .

Perkhidmatan penstriman video Apple TV+ mula ditawarkan kepada pengguna di Malaysia sejak November 2019. Ia adalah jawapan Apple kepada Netflix dan Disney+ yang pada waktu ini mendominasi perkhidmatan penstriman video berbayar. Bermula esok 11 April, Apple TV+ boleh diakses oleh semua pengguna global secara percuma.

Sungguhpun begitu katalog kandungan yang boleh distrim adalah terhad kepada lapan sahaja iaitu Dickinson, For All Mankind, Ghostwriter, Helpsters, Little America, Servant, Snoopy in Space, dan The Elephant Queen. Rancangan popular seperti The Morning Show dan baharu seperti Amazing Stories masih memerlukan langganan untuk distrim.

Sejak dilancarkan jumlah kandungan yang ditawarkan oleh Apple TV+ adalah kecil jika dibandingkan dengan pesaing. Apple sendiri masih belum mengumumkan berapakah jumlah pelanggan berbayar rasmi sejak dilancarkan. Malahan mereka turut menawarkan langganan percuma selama setahun kepada pelanggan yang membeli produk Apple tahun lalu.

Strim kandungan Apple TV+ secara percuma menerusi pautan ini



TIPS & ULASAN