Twitter Menambah Sokongan Emoji Khusus Untuk Kata Tagar #KitaJagaKita Dan #StayAtHome

Twitter Menambah Sokongan Emoji Khusus Untuk Kata Tagar #KitaJagaKita Dan #StayAtHome

Diterbitkan pada Apr 10, 2020 oleh .

Twitter sebelum ini telah menambah sokongan emoji khusus untuk sejumlah kata tagar khusus, seperti untuk bulan Ramadhan, untuk filem Avengers, dan sebagainya. Hari ini, perkhidmatan media sosial berkenaan turut menambah emoji khusus untuk kata tagar #KitaJagaKita dan juga #StayAtHome.

Emoji khusus ini akan dipaparkan secara automatik apabila tagar berkenaan digunakan pada sesuatu Tweet. Emoji berkenaan memperlihatkan rekaan ikon rumah bersama tanda hati didalamnya.

Ini dilihat adalah salah satu usaha dalam pengguna menggunakannya secara aktif, dan mengalakkan perkongsian berkaitan kisah pengguna ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Terbaru, di Malaysia, kerajaan telah mengumumkan lanjutan PKP sehingga 28 April 2020 ini, dan anda yang aktif di Twitter boleh menggunakan kata tagar ini dalam berkongsi berkaitan kisah-kisah anda sepanjang PKP ini.



Paling Popular