Tiada Tarikh Balik-Pulih Kabel Buat Masa Ini – TM Menyasarkan Mempunyai Kapasiti Tambahan Menjelang 20 April 2020

Tiada Tarikh Balik-Pulih Kabel Buat Masa Ini – TM Menyasarkan Mempunyai Kapasiti Tambahan Menjelang 20 April 2020

Diterbitkan pada Apr 10, 2020 oleh .

Telekom Malaysia semalam telah mengesahkan yang mana kabel APCN2 menghadapi sedikit gangguan, sekaligus membuatkan trafik pelayaran ke pelayan antarabangsa menghadapi masalah. Hal ini sekaligus membuatkan pengalaman pelayaran ke sejumlah web yang berpusat pada pelayan di Hong Kong dan Amerika Syarikat sedikit perlahan atau sukar untuk dicapai.

Menyentuh lanjut mengenainya, TM Hari ini mengatakan yang mana tiada sebarang tarikh balik-pulih sepenuhnya yang telah ditetapkan oleh konsortium berkaitan buat masa ini.

Apa pun, TM mengatakan, pada bahagian Telekom Malaysia, mereka menyasarkan utnuk mempunyai kapasiti tambahan menjelang 20 April 2020 ini.

Menurut TM, kabel yang menghadapi gangguan ini digunakan untuk sambungan antarabangsa bagi perkhidmatan berasaskan internet seperti persidangan video, permainan dan juga VPN yang berpusat di Hong Kong dan Amerika Syarikat. Perkhidmatan lain, didapati tidak begitu menghadapi masalah, dan boleh digunakan seperti biasa.

TM turut menekankan yang mana impak gangguan kabel ini adalah sangat minima untuk pengguna internet di Malaysia, kerana mereka telah mengambil langkah proaktif sebelum ini, termasuk bekerjasama dengan sejumlah syarikat gergasi dalam menjadikan kandungan lebih lokal. Hal ini sekaligus membawa kepada hanya 20% trafik sahaja yang ke antarabangsa untuk tujuan penstriman, permainan dan juga tele-sidang.



TIPS & ULASAN