Instagram Membolehkan Penghantaran DM Melalui Web
Aman
Instagram telah mula memperkenalkan sedikit demi sedikit ciri-ciri daripada aplikasi utama Instagram ke versi web. Terbaru, pihak Instagram turut telah memperkenalkan sokongan menghantar DM kepada rakan-rakan anda yang lain di Instagram, terus melalui web.

Hal ini sekaligus memudahkan lagi pengguna untuk menghantar dan menerima DM – tanpa perlu bergantung kepada telefon pintar sepanjang masa. Dengan penyertaan pada web, ia juga akan memudahkan lagi proses komunikasi – memandangkan anda boleh menaip dengan lebih pantas.
Bagi anda yang kerap menggunakan Instagram, anda boleh melayari web Instagram.com untuk mencuba ciri menghantar DM melalui web bermula hari ini.
[info]Layari : Instagram di web[/info]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.