Cari @ Amanz

Realme Malaysia kini telah mula mengacah kehadiran satu lagi telefon pintar baru dibawah siri Realme 6, iaitu Realme 6i. Pihak Realme kini telah mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan telefon pintar Realme 6i ini secara atas talian pada 16 April 2020 ini.

Realme 6i

Realme 6i menawarkan skrin bersaiz 6.5-inci IPS LCD HD+, dijana cip Helio G80 daripada MediaTek, menawarkan bateri sebesar 5000mAh, dan dilengkapi empat kamera belakang. Kamera belakang menyertakan sensor utama 48-megapixel, sementara kamera swafoto pula menggunakan sensor 16-megapixel.

Agak menarik untuk melihat pihak Realme memperkenalkan Realme 6i ini lebih awal daripada Realme 6 Pro yang dinantikan ramai pengguna tempatan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 16 April 2020 ini untuk melihat harga jualan dan tarikh ia akan mula dijual di Malaysia kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd