Petugas Barisan Hadapan Diraikan Menerusi Google Doodle Khas

Petugas Barisan Hadapan Diraikan Menerusi Google Doodle Khas

Diterbitkan pada Apr 13, 2020 oleh .

Jika anda ke laman Google Search hari ini anda akan dapat melihat Google Doodle khas yang merayakan petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus merawat pesakit koronavirus seluruh dunia. Untuk berkongsi rasa terima kasih anda kepada mereka, tekan pautan pada Doodle dan ia akan dikongsi ke laman media sosial Twitter, Facebok dan emel. Jika grafik ditekan pula, pautan untuk berterima kasih kepada petugas barisan hadapan akan dipaparkan.

Penghasilan Doodle khas ini adalah sebagai tanda terima kasih Google kepada insan-insan yang kini dilabel sebagai wira tidak didendang. Di Malaysia mereka kini dilihat sebagai adiwira dengan rakyat mula cakna untuk meringankan beban yang ditanggung warga KKM.

Google Doodle telah wujud sejak 1998 dan boleh dikatakan setiap hari sebuah karya seni baharu dipaparkan mengikut perayaan tertentu. Doodle hari ini ialah antara yang paling sarwajagat kerana seluruh dunia terkesan dengan wabak berbahaya ini.



TIPS & ULASAN