Cari @ Amanz

Selain daripada barang-barang dapur, diantara keperluan asas mana-mana rumah sepanjang Perintak Kawalan Pergerakan ini adalah sambungan internet yang laju untuk tujuan bekerja dan pembelajaran dari rumah.

Bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan internet ViewQwest, mereka baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka telah menaiktarafkan sambungan internet pengguna-pengguma mereka bermula 6 April selama sebulan sehingga 8 Mei 2020 kelak.

Menurut CEO ViewQwest Vignesa Moorthy, mereka yang menggunakan pelan kelajuan 100Mbps akan menerima naik taraf sehingga 500Mbps, manakala mereka yang menggunakan pelan sambungan 500Mbps akan dinaiktarafkan ke pelan kelajuan 1Gbps tanpa sebarang bayaran tambahan.

Walaupun begitu, penaiktarafan kelajuan ini terhad kepada beberapa kawasan seperti yang dinyatakan oleh pihak ViewQwest. Bagi kawasan-kawasan pelanggan ViewQwest yang tidak menerima penaiktarafan ini, mereka mengatakan bahawa para pelanggan tersebut akan menerima tambahan yang lainĀ  yang akan diumumkan kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd