Microsoft Edge merupakan salah satu pelayar web yang semakin meningkat popularitinya akhir-akhir ini. Ia hadir berasaskan enjin Chromium, selain turut menyertakan sokongan untuk pelbagai sistem operasi.
Pelayar web ini turut ditawarkan untuk sistem operasi Windows 7, dan memandangkan sokongan rasmi untuk sistem operasi berkenaan telah pun tamat, kini Microsoft mengatakan mereka akan menyokong Edge untuk Windows 7 sehingga 15 Julai 2021 kelak.
Ini bermakna, pengguna masih boleh menggunakan sejumlah ciri-ciri baru yang akan hadir pada Microsoft Edge untuk tempoh setahun lagi sebelum memilih untuk menaik-taraf pelayar web atau sistem operasi anda.
Pihak Microsoft turut mengalakkan pengguna untuk menaik-taraf ke Windows 10 dalam terus menikmati ciri baru dan juga perlindungan sekuriti yang baik.