Lenovo pada tahun ini dijangka akan memperkenalkan sebuah telefon pintar baru dibawah keluarga Legion. Untuk makluman, Legion adalah jenama keluaran Lenovo memfokuskan kepada permainan video dan multimedia. Dengan telefon pintar dibawah siri berkenaan, ia dijangka akan menjadi telefon pintar memfokuskan permua daripada pengeluar komputer berkenaan.
Sebelum ini, Qualcomm telah mengesahkan yang mana telefon pintar Legion Gaming Phone ini akan hadir dilengkapi cip Snapdragon 865.
Terbaru, berkongsi sebuah poster hari ini, Lenovo memperlihatkan telefon pintar berkenaan akan dilengkapi sokongan pengecasan pantas 90W. Ini sekaligus akan menjadikan Legion Gaming Phone ini menawarkan sokongan pengecasan yang sangat pantas mendahului pelbagai pengeluar lain.
Buat masa ini, implementasi penuh untuknya masih tidak diketahui – dan bagaimana Lenovo menggunakan teknologi dalam mengurangkan haba serta kehilangan tenaga dalam pengecasan. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya menjelang pelancaran peranti berkenaan kelak.