Carian
Hiburan Anda Dua Kali Ganda Lebih Menyeronokkan Dengan Astro & Broadband
May 13, 2020 Syafia Hani

Keperluan internet kini menjadi satu keperluan kepada semua golongan masyarakat. Jika anda bayangkan dunia tanpa internet di kala krisis global yang terjadi sekarang ini, sudah tentu ia sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada produktiviti harian kita. Malah, hiburan juga menjadi lebih bosan sekiranya kita mempunyai akses yang terhad untuk penggunaan internet. Oleh itu, Astro kini telah bekerjasama dengan Maxis dalam menawarkan perkhidmatan televisyen dan Internet jalur lebar (broadband) di rumah anda. Melaluinya, anda boleh mendapatkan pengalaman hiburan dua kali lebih memuaskan.

1. On Demand Memberi Anda Keselesaan Untuk Menonton Rancangan Kegemaran Pada Bila-Bila Masa

Jika sebelum ini apabila kita menonton tayangan filem atau rancangan bersiri kegemaran di televisyen, kita tidak boleh memilih tayangan yang kita ingin tonton. Malah, kita hanya diberikan pilihan untuk menontonnya pada sesuatu masa sahaja. Sekiranya terlepas, ia agak sukar untuk anda menontonnya kembali. Pengalaman tontonan anda juga akan sedikit terganggu apabila anda terpaksa menonton iklan yang ditayangkan di televisyen. Namun, melalui On Demand, anda tidak akan mengalami situasi ini kerana ia membenarkan anda untuk menonton tayangan filem atau rancangan bersiri kegemaran anda pada bila-bila masa.

Perkhidmatan ini juga memberi anda berpeluang untuk menonton sekaligus kesemua episod kegemaran anda dalam satu hari. Perkhidmatan On Demand ini sangat memudahkan dan memberi anda keselesaan kepada masa anda. Jadi, anda tidaklah tertinggal sebahagian daripada episod yang anda ingin tonton. Anda juga ditawarkan dengan pelbagai pilihan daripada Hollywood, blockbuster Asia serta keluaran tempatan. Ternyata, melalui On Demand anda boleh menikmati rancangan terkini yang anda inginkan selari dengan genre kegemaran anda dan pilihan di bahagian kandungan (library) sehingga 50,000 video tersedia menanti. Apa yang perlu anda lakukan adalah sambungkan kotak PVR kepada WiFi anda. Mudah bukan?

2. Astro GO Memudahkan Anda Untuk Membuat Tontonan Dimana-Mana Sahaja

Pernahkah anda menghadapi satu situasi dimana anda perlu mengejar masa pulang ke rumah untuk menonton rancangan kegemaran anda di televisyen? Ini membuatkan kita berasa letih dan sedikit tertekan sekiranya kita ketinggalan beberapa bahagian dalam rancangan tersebut. Oleh itu, Astro menawarkan tontonan melalui aplikasi mereka, iaitu Astro GO. Melaluinya, anda boleh menonton tayangan filem kegemaran anda dimana jua anda berada.

Aplikasi ini juga mempunyai fungsi yang membolehkan anda untuk teruskan menonton daripada televisyen ke telefon pintar anda dengan mudah. Menariknya lagi, aplikasi ini boleh dikongsikan sehingga empat peranti bagi setiap rumah, yang pastinya boleh dikongsikan bersama ahli keluarga mahupun teman serumah anda.

3. Kehadiran Mesh Wi-Fi Dapat Menawarkan Rangkaian Internet Yang Lebih Luas

Sokongan WiFi kini menjadi keperluan untuk kita semua. Hal ini adalah kerana kita berada di zaman teknologi yang serba canggih dimana hampir kesemua peranti kita memerlukan sokongan WiFi untuk terus berhubung antara satu sama lain. Namun, tidak semua penghala (router) WiFi hadir dengan jaringan internet yang stabil. Tetapi, terdapat satu jenis penghala WiFi di pasaran yang menawarkan rangkaian internet yang lebih baik dan laju yang mana jarak dan arah atau posisi pengguna tak lagi menjadi masalah, dikenali sebagai Mesh Wi-Fi.

Bagi anda yang melanggan berkas Astro & Broadband 500Mbps dan 800Mbps, Astro menawarkan AirTies Air 4830 Mesh Wi-Fi kepada anda secara percuma. Dengan bantuan Mesh Wi-Fi ini, anda boleh menikmati rangkaian internet yang lebih meluas di rumah anda.

4. Produktiviti Harian Dapat Ditingkatkan Dengan Kelajuan Internet Sehingga 800Mbps 

Dengan Astro & Broadband ini juga, anda boleh menikmati penawaran internet jalur lebar dengan kelajuan bermula daripada 30Mbps sehingga 800Mbps. Tambahan pula, ia boleh dipadankan dengan pilihan pakej yang mengikuti citarasa anda seperti Family Pack, Starter Pack, Value Pack, Super Pack dan juga Super Pack Plus. Dengan ini, anda tidak terikat dengan satu pilihan berkas (bundle) sahaja kerana terdapat lebih daripada 40 pilihan berkas yang bersesuaian dengan bajet serta komitmen bulanan anda.

Banyak perkara boleh dilakukan dengan kelajuan internet sehingga 800Mbps ini. Astro & Broadband ini disertakan dengan Mesh Wi-Fi secara percuma. Oleh itu anda boleh membuat penstriman video, melayari internet dan bermain permainan atas talian tanpa mengalami sebarang masalah lengah masa. Ini sekaligus dapat meningkatkan lagi produktiviti harian anda.

5. Hiburan Tanpa Henti Dengan Data Tanpa Had Daripada Astro & Broadband

Sekiranya anda melanggan pakej Astro & Broadband ini, hiburan seharian tidak akan terhad kepada tontonan filem dan rancangan di televisyen sahaja. Malah, ia juga membolehkan anda untuk menikmati rangkaian internet tanpa had yang baik dan pantas. Kini, anda boleh menonton melalui televisyen atau telefon pintar anda, dan juga menikmati sambungan internet tanpa had yang baik.

6. Berbaloi Untuk Dilanggan Kerana Dapat Berjimat Dengan Lebih Banyak 

Pakej baru Astro & Broadband ini menawarkan pelbagai kelebihan kepada pengguna. Melaluinya, anda boleh menonton filem, drama, dan program bersiri di televisyen anda pada bila-bila masa dengan On Demand, serta di aplikasi Astro GO, hiburan yang berpanjangan dengan kelajuan internet tanpa had sehingga 800Mbps dengan bantuan Mesh Wi-Fi dan banyak lagi. Pakej ini sangat lengkap dan dapat menghilangkan rasa bosan anda apabila berada di rumah kerana dapat mengakses hiburan dan internet yang baik.

Penawaran ini menjadikannya sangat berbaloi untuk dilanggan, kerana ia bagaikan pakej semua-dalam-satu. Malah anda juga dapat berjimat sehingga RM840 untuk pelanggan Astro dan RM600 untuk pelanggan baru, serta pembayaran yang mudah melalui satu bil sahaja. Jadi bagi anda yang berminat, pakej yang ditawarkan adalah bermula pada harga RM99 bersama pengecualian bayaran selama satu bulan jika anda melanggan secara atas talian. Terdapat lebih daripada 40 pek berkas kesemuanya dan ini memberi anda pilihan yang lebih luas dan bersesuaian dengan keperluan dan bajet anda.

Penafian: Advertorial daripada Astro 

Komen