Cari @ Amanz

Pengenalan takuk pada iPhone X adalah antara kontroversi awal pasca pelancaran peranti. Ada yang mengatakan ia adalah rekaan yang tidak akan diluluskan oleh mendiang Steve Jobs kerana terlalu hodoh tetapi ia kemudian masih menjadi ikutan pengeluar lain. Kini menurut Bloomberg, pada  iPhone 12, saiz takuk Face ID akan mengecil jika dibandingkan dengan model-model terdahulu.

Selain saiz takuk skrin yang mengecil, rekaan sisi iPhone 12 juga akan kembali rata seperti iPhone 4 tetapi lebih mirip kepada rekaan yang digunakan pada iPad Pro. Sisi yang dibulatkan seperti iPhone asal dan iPhone 6 tidak akan lagi digunakan tetapi sisi skrin peranti akan melengkung sedikit bagi mengekalkan keselesaan peranti di dalam tangan. Terdapat juga ramalan iPhone model Pro tahun ini juga akan mempunyai skrin yang lebih besar berbanding 6.5″ pada iPhone 11 Pro Max.

Seterusnya Apple juga dijangka akan melancarkan HomePod versi lebih kecil. Ini dipercayai akan memberikan saingan kepada Google Home Mini dan Amazon Echo Dot. Tidak seperti produk lain keluaran mereka, HomePod masih belum mendominasi pasaran. Dengan pengenalan model bersaiz lebih kecil, kekurangan ini akan dapat diselesaikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd