Cari @ Amanz

Nubia ialah subjenama kepada ZTE yang mula mendapat perhatian kerana menggunakan Cristiano Ronaldo sebagai duta produk. Mereka kini mendapat perhatian pula kerana peranti untuk permua Red Gaming mereka menawarkan prestasi tinggi pada harga lebih mampu milik. Nubia hari ini mengemaskini warna serta muka taip logo syarikat.

Logo yang menggunakan rekaan grafik abstrak digantikan dengan muka taip yang lebih mudah dibaca. Warna logo pula merah sepenuhnya dan tiada lagi sentuhan warna kelabu. Wang Hui, yang merupakan pengasas Nubia berkata logo baharu iniĀ  akan kelihatan lebih moden dan bersih Logo baharu kerap menjadi batu loncatan untuk menjadikan jenama kelihatan lebih remaja. Ini telah dilakukan oleh Yahoo, Vivo dan Facebook sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd