Honor 30 Mampu Merakam Video Gerak Perlahan 1920FPS

Honor 30 Mampu Merakam Video Gerak Perlahan 1920FPS

Diterbitkan pada Apr 13, 2020 oleh .

Kemunculan siri Honor 30 telah menarik perhatian ramai. Peranti ini akan diperkenalkan secara rasmi pada 15 April ini dalam sebuah acara pelancaran yang akan berlangsung di China. Honor bakal memperkenalkan sekurang-kurangnya dua model di bawah siri ini iaitu Honor 30 dan Honor 30 Pro. Namun, ramai juga yang menjangkakan Honor bakal muncul dengan satu lagi model iaitu Honor 30 Pro+.

Menjelang pelancaran rasmi, nampaknya Honor mula berkongsi video acah tentang ciri-ciri menarik yang bakal dibawa oleh barisan model berkenaan. Antaranya seperti rakaman video 4K 60FPS dengan sistem penstabilan kecerdasan buatan, pemfokusan ultra pantas dan kebolehan video gerak perlahan 1920 FPS.

Bagi memberi gambaran yang jelas, kebolehan video gerak perlahan 1920 FPS tersebut telah diperlihatkan dalam sebuah video. Resolusi gerak perlahan 1920FPS tidak diketahui tetapi mungkin 1080P memandangkan pada P40 Pro ia hanya sekadar 960FPS.

Selain itu, kamera belakang untuk model Honor 30 Pro+ dikatakan memiliki kemampuan fokus yang tepat dan pantas dengan sokongan pemprosesan grafik yang hebat. Jadi, apa pendapat anda mengenai perkara ini? Apapun, sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi kelak untuk melihat lebih lanjut mengenai penawaran Honor untuk model kali ini.



TIPS & ULASAN