Carian
Pengeluaran Komputer Terjejas 8% Pada Suku Pertama 2020 Kerana Koronavirus
April 13, 2020 Effi Saharudin

Penggunaan komputer peribadi meningkat mendadak di rumah sejak PKP dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia. Ini turut berlaku secara global kerana usaha untuk merendahkan keluk epidemik dengan pantas. Walaupun permintaan untuk komputer peribadi meningkat, pengeluarannya pada suku pertama 2020 berkurangan 8% menurut laporan terkini Canalys.

Penurunan berlaku kerana gangguan pada rantaian pembekal di China yang merupakan pusat pengilangan komputer dunia. Dari segi pegangan pasaran pula, Lenovo masih kekal di atas dengan 23.9%, diikuti oleh HP  (21.8%), Dell (19.6%), Apple (6%) dan Acer (5.8%). Kesemua lima syarikat dengan pegangan terbesar kecuali Dell mencatatkan penyusutan pengeluaran. Apple dan HP adalah yang paling terjejas teruk masing-masing dengan pengurangan 21% dan 13.8%,

Dari pengalaman bekerja dari rumah sejak hampir sebulan, kami menyedari dunia pasca PC masih lagi belum mampu menjadi realiti. Masih terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan pada komputer peribadi berbanding pad telefon dan tablet pintar.

Komen