Aplikasi panggilan telefon adalah aplikasi yang paling wajib untuk sesebuah telefon pintar. Semua telefon pintar akan ada aplikasi panggilan telefon terus terbina pada peranti mereka. Namun, pengguna masih berhak memasang aplikasi panggilan telefon pihak ketiga seperti TrueCaller untuk menghalang panggilan telefon dari scammer masuk. Antara aplikasi panggilan telefon popular terbina adalah Google Phone. Ia hanya terbina pada peranti seperti Pixel dan Android One sahaja. Peranti lain tidak boleh memasangnya.
Sehinggalah baru-baru ini, aplikasi ini tidak lagi terhad kepada pengguna Pixel atau Android One. Pengguna bebas memuat turun aplikasi ini di Play Store untuk digunakan pada peranti-peranti Android mereka. Duka cita dimaklumkan, peranti Samsung dan OnePlus tidak boleh menggunakannya. Ini kerana dalam kod sistem operasi mereka, tiada barisan kod
pm list libraries | grep “com.google.android.dialer.support”
Kenapa ianya popular dan digemari ramai? Ia mempunyai pelbagai fungsi dan ciri menarik. Salah satunya adalah antaramuka yang ringkas dan mesra pengguna. Ia juga menyokong mod tema gelap, menghalang dan menyekat panggilan telefon dari pemanggil tidak dikenali/bekas kekasih/scammer, sokongan mencari nombor telefon melalui penjejakan lokasi dan banyak lagi.
Perkara ini tidak terkejut sebenarnya dan sudah boleh dijangka. Ini kerana beberapa peranti Xiaomi yang menjalankan MIUI 11 sudah mempunyai aplikasi Google Phone terbina dan tidak menggunakan aplikasi Mi Phone. Begitu juga dengan Google Message dan bukannya Mi Message. Jika Google Message bebas digunakan, kenapa tidak Google Phone?