Google Mula Menggantikan Aplikasi Android Pada Chrome OS Dengan Aplikasi Web

Google Mula Menggantikan Aplikasi Android Pada Chrome OS Dengan Aplikasi Web

Diterbitkan pada Apr 14, 2020 oleh .

Chrome OS semakin hari semakin berkembang maju. Ia sebenarnya adalah pesaing kepada iPad OS, iaitu alternatif kepada sistem operasi untuk komputer. Namun, Google jauh ketinggalan. Tetapi ini tidak bermakna Google terus mengalah. Chrome OS turut mempunyai sistem Android terbina, untuk menambah pelbagai sokongan aplikasi berbanding dengan kebergantungan kepada pemalam Chrome. Tetapi, paparan aplikasi Android dalam Chrome OS adalah teruk, prestasi mengecewakan dan kurang responsif.

Jadi, baru-baru ini Google telah menggantikan aplikasi Android dalam Chrome OS kepada aplikasi web. Aplikasi web yang digunakan adalah jenis progresif, iaitu PWA. Ia adalah aplikasi web, tetapi berfungsi dan mempunyai pengalaman penggunaan seakan aplikasi natif. Dengan penghijrahan dari aplikasi Android ke PWA, Chrome OS akan lebih berkuasa dan mempunyai prestasi baik. Ini kerana, saiz pemasangan adalah kecil, penggunaan kuasa yang kurang dan ianya adalah lebih ringan.

Buat masa ini, aplikasi YouTube TV (tiada di Malaysia) dan Twitter telah digantikan. Tidak pasti lagi bila aplikasi lain akan berhijrah ke PWA. Ada kemungkinan besar dalam kemaskini akan datang, majoriti aplikasi Google sendiri akan mula bertukar. Apa-apa pun, sama-sama nantikan sahaja kemaskini ini.



TIPS & ULASAN