Cari @ Amanz

Tahun lalu Samsung Galaxy Tab S6 5G dilancarkan sebagai tablet pertama dengan sokongan rangkaian 5G. Samsung kelak akan melancarkan versi mampu milik yang diberi nama Galaxy Tab S6 Lite. Sebelum peranti sempat dilancarkan secara rasmi, ia telah disenaraikan pada laman atas talian di UK lengkap dengan rekaan serta spesifikasi penuh,

Samsung Galaxy Tab S6 Lite dilengkapi skrin 10.4″, dijana cip Exynos 9611, memori sebesar 4GB RAM, storan sebesar 64GB dengan sokongan kad mikro SD sehingga 1TB, kamera utama 8-Megapixel dan kamera swafoto sebesar 5-Megapixel. Maklumat mengenai kapasiti bateri sahaja masih misteri.

Terdapat sokongan untuk stylus S-Pen tetapi tiada tempat simpanan magnetik pada bahagian belakang dapat dilihat seperti Tab S6 5G, Tablet turut mempunyai sistem pembesar suara yang telah ditala oleh AKG bagi memberikan pengalaman audio yang terbaik. Di United Kingdom tablet ini dijual pada harga £339 (~RM1841) sebuah,

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd