Cari @ Amanz

Terdahulu, Motorola telah mengesahkan bahawa mereka bakal muncul dengan peranti perdana terbaru pada tahun ini. Motorola juga mengesahkan bahawa peranti berkenaan akan dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 865 dan Snapdragon 765G bagi sokongan rangkaian 5G.

Akhirnya, Motorola telahpun berkongsi tarikh pelancaran rasmi untuk barisan peranti perdana mereka yang dijadualkan berlangsung pada 22 April ini. Memetik video pendek yang dikongsi, Motorola memberi gambaran peranti berkenaan bakal hadir dengan binaan paparan melengkung yang menakjubkan dan masih berteka-teki mengenai nama model yang bakal diperkenalkan.

Namun, ramai berspekulasi syarikat itu dijangka mengumumkan dua peranti di bawah jenama Edge. Tambahan pula, sebelum ini terdapat perkongsian imej pengolokan yang tertiris menunjukkan Motorola Edge+ menggunakan skrin dengan lengkungan mencecah 90 darjah. Benar atau tidak? Sama – sama kita tunggu pelancaran rasmi kelak!

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd